Assalamulaikum W.B.T.
Alhamdulillah..
RD Smart Sdn Bhd ingin memperkenalkan satu jenama Solusi Muslim yang terkenal iaitu “Al-Qolam” kepada masyarakat Malaysia. Al-Qolam merupakan jenama yang tersohor di Indonesia sebagai peneraju Al-Quran Digital dan produk pembelajaran ilmu Islam.
Dengan usaha Al-Qolam yang kreatif dan inovatif secara berterusan, jenama ini telah berjaya menghasilkan pelbagai jenis Al-Quran Digital yang sesuai kepada setiap peringkat umur; dari kanak-kanak hinggalah dewasa, mahupun dari pembelajaran asas hingga profesional.
Al-Qolam telah dianugerahkan Top Brand dan Digital Popular Brand pada tahun 2016 di Indonesia dengan jualan tidak kurang dari 300,000 naskhah Al-Quran Digital dan 200,000 unit produk pembelajaran ilmu Islam setiap tahun.
Pengiktirafan ini tidak memperlahankan hasil inovatif Al-Qolam, malah lebih memotivasikan kami untuk terus berusaha dalam menghasilkan variasi produk yang dapat memudahkan masyarakat Muslim untuk mendalami ilmu Islam.
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda terhadap produk jenama Al-Qolam dan kami berharap agar anda terus menyokong jenama Al-Qolam.