Orang yang membaca Al Quran tidak akan mengalami kerugian bahkan akan mendapat dan merasa keuntungan yang banyak.
Sesiapa membaca satu huruf dari Al Quran, maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah Aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Riwayat al-Tirmizi (2910)
Membaca Al Quran sahaja sudah mendapat kebaikan yang tak terkira, tambah pula jika kita mampu menghafalnya. Antara 10 cara menghafal Al Quran dengan mudah dan betul:
- NIAT KERANA ALLAH
Niat adalah perkara penting dalam melaksanakan sesuatu, sebagai kekuatan untuk mencapai suatu tujuan yang kita inginkan. Niat yang kuat akan membimbing kita mencapai apa yang kita inginkan, dalam hal ini niat menghafal Al Quran kerana Allah Taala. Amalan tanpa niat kerana Allah akan menjadi sia-sia.
- MEMPUNYAI GURU YANG PAKAR DALAM AL QURAN
Dalam mempelajari dan menghafal Al Quran, kita memerlukan bimbingan dari yang ahli dalam bidang tersebut. Supaya jika ada pembacaan yang salah dari segi tajwid, makhraj dll dapat diperbaiki dengan segera.
- MEMBETULKAN BACAAN MENGIKUT TAJWID YANG BETUL
Hukum membaca Al Quran yang baik dan betul dari segi tajwid adalah wajib bagi setiap muslim. Sebelum menghafal Al Quran hendaklah kita mempelajari atau memperbaiki bacaan agar sesuai dengan tajwid.
- KERAP MENDENGARKAN BACAAN AL QURAN
Dengarkan ayat Al Quran yang telah diingat kepada orang lain, ahli keluarga saudara mara dan orang terdekat. Satu lagi faktor yang memudahkan hafalan Al Quran ialah mendengar bacaan orang lain. Contohnya mendengar murottal dari Syaikh yang mempunya bacaa yang baik seperti yang terdapat dalam Al Qolam AlFatih.
Demikianlah antara cara menghafal Al Quran yang dapat kami kongsikan kali ini.