SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

5 KELEBIHAN KENAPA ANAK TAK PERLU MAINAN YANG BANYAK

Kanak-kanak dan permainan memang tak dapat dipisahkan. Dari semurah-murah harga hinggalah yang beribu ringgit. Ibu bapa tidak akan lokek untuk membeli kerana ini adalah pelaburan untuk masa depan anak, tak begitu? Rumah bersepah pon tidak mengapa, katanya ini untuk perkembangan anak.

Namun persoalannya, adakah mainan yang banyak dapat membantu perkembangan positif anak?

mainan kanak-kanak

Jawapannya tidak. Mainan yang banyak tidak membantu perkembangan positif anak. Ini disokong dari satu kajian The Influence of The Numbers of Toys In The Environment On Play in Toddlers dari University of Toledo, Ohio, Amerika Syarikat. 

Jom kita lihat 5 kelebihan kenapa anak tak perlu mainan yang banyak.

  1. Lebih Kreatif

    Berdasarkan kajian di Munich, pada peringkat awal kanak-kanak akan menjadi bosan. Tetapi lama kelamaan, mereka akan menggunakan barang asas atau sumber dari persekitaran untuk mencipta "game" dan berimaginasi lebih tinggi.

  2. Fokus/Tumpuan Yang Lebih Lama

    Mainan yang terlalu banyak akan mengganggu kanak-kanak untuk fokus. Contohnya permainan yang memerlukan kemahiran menyelesaikan masalah, kanak-kanak akan lebih senang untuk beralih kepada permainan lain yang lebih mudah. Maka skill yang ingin kita bina untuk kanak-kanak itu tidak menjadi.

  3. Kemahiran Sosial Lebih Baik

    Kemahiran sosial bukanlah semata-mata kemahiran berkomunikasi. Ianya lebih kepada bagaimana kanak-kanak itu belajar mengekalkan perhubungan dengan rakan lain dalam tempoh yang panjang. Mereka akan lebih menghargai orang sekeliling.

  4. Lebih Bertanggungjawab

    Kanak-kanak yang menyepahkan barang mainan yang banyak akan cenderung untuk tidak menghargai mainan dan menjaga mainan. Mainan yang sedikit dapat membina sifat tanggungjawab dengan lebih menghargai permainan yang sedia ada.

  5. Belajar Berkongsi

    Pada peringkat permulaan, kanak-kanak akan berebut atau bergaduh kerana mainan yang sedikit. Namun lama-kelamaan, sifat toleransi, kerjasama dan berkongsi akan wujud. Ini akan mewujudkan sikap tidak mementingkan diri di masa depan.

Ibu bapa semua dah tak perlu membazir beli mainan yang banyak. Paling penting kualiti mainan bukan kuantiti ya. Contohnya smart doll Hafiz Hafizah ada banyak kelebihan terutamanya dalam menerapkan pendidikan awal Islam untuk anak-anak. Ada jaminan selama 1 tahun pula tu.  

Sumber: Mingguan Wanita dan diolah sedikit oleh penulis


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published