SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

ADAB TEGUR-MENEGUR

Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi tegurlah dengan teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawab kita kepada Allah dan bukannya kerana manusia.

Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniat baik oleh kita.

Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidak sempurna walaupun sempurna cipta Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka. Tunjukkan belas kasihan dan sifat penyayang. Tutuplah egomu dan jagalah kata-kata.         


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published