Bagaimanakah perasaan kita jika menerima surat dari yang tersayang? Sudah tentu dibaca dengen penuh perasaan. Tentu akan diulang-ulang bacaan itu dan pastinya kita akan cuba memahami setiap ayat yang ditulis. Namun bagaimana pula kita jika menerima risalah dari Allah? Berapa kalikah kita membaca dan berusaha memahaminya?
Al-Quran adalah risalah dari Allah. Janganlah membiarkannya tanpa dibaca. Kita sepatutnya rasa bersalah bilamana dibiarkan al-Quran itu lebih dari 3 hari tanpa membacanya. Al-Quran itu pelembut hati. Membacanya berulang kali akan melembutkan jiwa dan menambah kasih kepadaNya.
Bacalah dan renungilah setiap kalimah, kerana ia adalah sebaik-baik pengajaran. Ikutlah arahannya kerana ia sebaik-baik petunjuk.