Kita sudah hampir sampai ke penghujungnya, bulan mulia bulan Ramadhan bakal berakhir. Dikesempatan ini haruslah kita memanfaatkan sepenuhnya hari-hari yang tinggal. Maka disenaraikan cadangan amalan sepanjang 10 hari akhir Ramadan.
- Tunaikan solat fardhu pada awal waktu dan berjemaah.
- Laksanakan solat terawikh dan Qiamullail pada setiap malam.
- Bersedekah walaupun RM1 pada setiap malam.
- Membaca al Quran walaupun satu muka surat setiap malam.
- Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri/suami dan anak-anak.
- Banyakkan berzikir, beristighfar dan berdoa.
- Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar Rasulullah SAW kepada isteri baginda, Aisyah ra (rujuk gambar dibawah)
- Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.
- Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.
- Hindarkan diri daripada sifat riak, ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.