“Saya mula perdengarkan bacaan ayat al Quran kepada anak-anak sejak mereka dalam kandungan, selain menjaga pemakanan bagi menguatkan daya ingatan,” kata Nor Latifah Abdul Rahman, 50, ibu kepada 6 daripada 8 orang yang berjaya menghafaz al-Quran.
Untung punya anak yang dapat menghafaz 30 juzuk al-Quran ini. Pasti ramai ibu bapa Muslim inginkan anak sebagai hafiz dan hafizah. Sepertinya mustahil, tetapi dengan disiplin yang kuat dan bermula dari awal, pasti boleh!
Antara pemakanan yang diamalkan ibu ini adalah susu kambing, madu dan juga badam. Namun begitu amalan membaca al-Quran diterapkan setiap hari tanpa pernah berhenti.
Dedahkan anak-anak dari kecil lagi dengan memperkenalkan mereka dengan bacaan al-Quran. Jika ibu bapa tidak punya peruntukan masa, dapatkan anak-anak permainan yang berteraskan al Quran seperti Talking Doll Hafiz Hafizah. Pasti membuka minda anak-anak untuk lebih mendalami Islam dan juga al Quran.
Sumber asal dari Mingguan Wanita dan di olah penulis.