SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

APA ITU TADABBUR?

Bila mana kita cuba untuk menghayati atau mengenali Al-Quran dengan lebih terperinci, pastinya kita akan membaca terjemahan Al-Quran itu sendiri. Adakah dengan membaca terjemahan Al-Quran itu dinamakan tadabbur? Apa itu tadabbur sebenarnya?  

Tadabbur Al-Quran itu adalah arahan dari Allah SWT, menerusi firmanNya yang bermaksud:
"Maka apakah mereka tidak mentadabburkan Al-Quran? Atau hati mereka terkunci. " (Surah Muhammad, ayat 24 )

Tadabbur itu adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat Al-Quran itu ke dalam hati. Ianya berbeza dengan tafsir kerana tafsir menjelaskan maksud yang dikehendaki Allah SWT pada suatu ayat. Dan tiada siapa yang layak mentafsir Al-Quran melainkan Rasulullah SAW.

Mereka yang layak mentafsir Al-Quran adalah sahabat Baginda kerana mereka pernah hidup bersama Rasulullah SAW. Apabila sampai kepada kita, semua tafsir Al-Quran sudah terkumpul dan tersusun dalam kitab tafsir yang berjilid-jilid.

Seseorang itu tidak boleh sama sekali mentafsir sendiri ayat Al-Quran berdasarkan pemikirannya atau apa yang terlintas di kepalanya. Antara kitab tafsir yang boleh menjadi rujukan ialah Kitab Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir al-Munir.

Tadabbur tidak akan terhasil tanpa mengetahui tafsirnya. Pengetahuan yang benar daripada tafsir akan memberi kesan kepada tadabburnya. 

Tadabbur juga adalah salah satu cara untuk mengambil hikmah, pengajaran dan menghayati ayat-ayat Allah SWT sambil merefleksikannya terhadap kehidupan.    


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published