SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

APABILA NAFAS BERADA DI KERONGKONG

Fir'aun boleh dijadikan contoh kegagalan seorang manusia memanfaatkan kebenaran yang ada. Allah tidak mengutus ramai Nabi dan Rasul kepada seorang manusia semata-mata kerana menginginkan dia bertaubat. Sayangnya Fir'aun perlu menunggu sehingga nafasnya berada di kerongkong barulah dia mengakui kebenaran Allah SWT.

إِنَّهُۥ مَن يَأْتِ رَبَّهُۥ مُجْرِمًا فَإِنَّ لَهُۥ جَهَنَّمَ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَىٰ

"Sebenarnya sesiapa yang datang kepada Tuhannya pada hari akhirat sedang ia bersalah maka sesungguhnya adalah baginya neraka jahannam yang ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup."

Seperti diterangkan dalam ayat 74 surah Taa-Haa di atas, Fir'aun akan datang kepada Allah SWT bersama orang-orang yang rugi di akhirat.

وَمَن يَأْتِهِۦ مُؤْمِنًا قَدْ عَمِلَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ فَأُو۟لَٰٓئِكَ لَهُمُ ٱلدَّرَجَٰتُ ٱلْعُلَىٰ

"Dan sesiapa yang datang kepadaNya sedang ia beriman, serta ia telah mengerjakan amal-amal yang soleh, maka mereka itu akan beroleh tempat-tempat tinggal yang tinggi darjatnya:

Ayat 75 surah Taa-Haa menjelaskan bagi kaum yang mengikuti kebenaran dan mereka tetap dengan keimanannya, merekalah yang akan diselamatkan di akhirat. Allah SWT telah memberikan petunjuk kepada siapa yang ingin kembali kepada Allah dalam keadaan beruntung. Semua sudah diterangkan dalam al-Quran kerana itu jangan pernah sia-siakan kehadiran dan kebenaran al-Quran. Ingatlah takdir tragis Fir'aun, manfaatkan segala kebenaran yang ada di dalamnya sebelum nafas berada di kerongkong kita.

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published