Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, penduduk Madinah telah menyambut dua hari raya.
Maka Rasulullah SAW telah bersabda,
فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ يَوْمَيْنِ خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الْفِطْرِ وَيَوْمَ النَّحْرِ
Maksudnya : ''Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.''
Riwayat Imam Ahmad (12362)
Hari Raya Korban (Aidiladha) adalah hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Ia disambut setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rujuk Islam yang kelima.
Apabila seseorang Islam itu telah menunaikan haji, maka diampunkan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung.
Sesungguhnya ibadan Haji tidak diwajibkan kepada semua orang Islam setiap tahun sebagai keringanan terhadap hamba-hambaNya. Haji adalah fardu kifayah ke atas seluruh kaum muslimin pada setiap tahun.
Disyaratkan ke atas umat Islam untuk melakukan penyembelihan iaitu dengan menumpahkan darah mana-mana binatang yang dibenarkan untuk dikorbankan.
Korban merupakan sunnah yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW.