Tekadkan diri untuk bersabar seperti Nabi SAW ketika menghadapi kaum yang menentang baginda. Kesabaran adalah salah satu kunci menuju kebahagiaan. Kadangkala kesabaran juga diperlukan untuk menggapai kejayaan dan berbagai matlamat dalam hidup. Namun jangan salah sangka untuk menjadi sabar tidaklah semudah yang kita sangkakan.
Sering berlaku pelbagai perkara yang membuat kita ingin menyelesaikan sesuatu perkara itu secepat yang boleh dan melupakan prinsip-prinsip kesabaran. Salah satu punca sikap tidak sabar ini ialah kurangnya kemampuan untuk bersikap tenang.
Maka sebelum mengambil keputusan yang penting atau sebelum berinteraksi dengan orang lain, cabala untuk membuat tubuh badan kita tenang terlebih dahulu. Hal ini mampu dilakukan dengan pelbagai cara. Paling mudah adalah dengan cara memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.
Yakinlah berfikir positif itu mampu untuk membantu kita menjadi orang yang sabar. Teruskan positif tentang diri kita sendiri, tentang orang lain dan tentang perkara yang sedang kita lakukan. Biasakan pula untuk berfikir positif dalam menghadapi masa depan dan cubalah mengambil hikmah dari setiap keburukan yang terjadi.
Jika sikap ini ditanamkan dengan baik, maka kita sudah punya satu langkah lebih dekat untuk menjadi peribadi yang sabar. Dengan membiasakan diri berfikir positif, kita akan menjadi lebih optimis dalam menjalani hidup. Hasilnya kita juga akan memancarkan aura yang positif, yang membuatkan orang lain berasa senang berada dekat dengan kita.