SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

BERSANDARLAH HANYA KEPADA ALLAH

Perlu diingat bahawa Allah Maha Suci, suci daripada segala yang tidak ikhlas. Allah telah menyediakan sumber air dan makanan yang siap sedia dinikmati tanpa diminta. Masalahnya kita sendiri menjadi aneh dengan sikap diri. Kita lupa bahawasanya kita masih mampu mendapatkan makanan dan tidak kebuluran itu adalah nikmat yang tidak ternilai harganya.

Kita lupa bahawa kita tetap baik-baik sahaja meskipun kita pernah tidak punya kenderaan untuk bergerak, tiada tempat tinggal, kurang pakaian atau makan dengan apa adanya. Sedarlah jangan jadi manusia yang lemah hanya kerana berhadapan dengan masalah yang langsung tidak memberikan mudarat kepada kehidupan kita.

Carilah sumber kekuatan di tempat yang betul. Rasulullah SAW bersabda,
Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT dari mukmin yang lemah. Bersungguh-sungguhlah untuk mendapatkan apa yang bermanfaat bagimu dan mintalah pertolongan kepada Allah dalam segala urusanmu. Serta janganlah sekali-kali engkau merasa lemah. Apabila engkau ditimpa musibah, janganlah engkau berkata ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini dan begitu ....’. Katakanlah ini telah ditakdirkan Allah dan Allah berbuat apa saja yang Dia kehendaki”.
H.R Muslim


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published