SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

BERTAUBATLAH SETELAH BERDOSA

Dosa umpama virus yang cepat merebak dan boleh menghancurkan. Ia umpama virus komputer yang mampu merosakkan keseluruhan komputer. Begitu jugalah dengan manusia yang berbuat dosa. Dosa samaada kecil atau besar akan memberikan kesan yang sangat buruk apabila dilakukan terus-terusan. Ia akan memberi kesan yang sangat buruk bagi jiwa pelakunya.

Ada juga dosa yang membawa malapetaka dan tempiasnya terkena kepada orang-orang disekitarnya. Dosa menjauhkan jarak kita dengan Allah kerana kita sendiri menjarakkan diri kita dengan Allah sedangkan Allah itu adalah sumber ketenangan.

rukuk

Tidak ada jalan lain ketika kita melakukan dosa selain segera bertaubat. Taubat menjadikan hati dan diri menjadi lebih tenteram kerana dengan kemaafan hidup kita menjadi lebih tenang 

 

Jom baiki diri


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published