SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

BOLEH KE GANTUNG GAMBAR DI DINDING RUMAH?

Rumah kepada kebanyakan orang membawa nilai sentimental. Tempat di mana kita dibesarkan, tempat bermulanya hidup baru, tempat yang menyimpan seribu satu memori suka dan duka. Ramai yang menghias rumah dengan menggantung gambar di dinding seperti potret keluarga.

Sebagai umat Islam, apakah hukumnya? Adakah perbuatan ini dilating sama sekali atau ada pengecualiannya?  

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili menukilkan pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani yang menyatakan pendapat yang tepat ialah sekiranya lakaran atau lukisan tersebut tidak mempunyai bentuk tubuh atau jisim yang sempurna bahkan dengan ketidaksempurnaan itu maka ia tidak dapat hidup seperti tidak mempunyai kepala atau seumpamanya serta bukan untuk dimuliakan maka ia dibenarkan. (Rujuk: Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/674)

Imam Nawawi menyebut di dalam syarahnya berkenaan azab yang berat itu bahawa:

أشد عَذَابًا فَقِيلَ هِيَ مَحْمُولَةٌ عَلَى مَنْ فَعَلَ الصُّورَةَ لِتُعْبَدَ وَهُوَ صَانِعُ الْأَصْنَامِ وَنَحْوِهَا فَهَذَا كَافِرٌ وَهُوَ أَشَدُّ عَذَابًا وَقِيلَ هِيَ فِيمَنْ قَصَدَ الْمَعْنَى الَّذِي فِي الْحَدِيثِ مِنْ مُضَاهَاةِ خَلْقِ اللَّهِ تَعَالَى وَاعْتَقَدَ ذَلِكَ

Maksudnya: Azab yang berat seperti mana yang disebut iaitu membawa maksud ke atas mereka yang melakukan lakaran atau melukis gambar dengan tujuan beribadah iaitu membuat berhala dan selainnya, maka mereka ini adalah kafir dan akan diberi azab yang berat, dan dikatakan iaitu mereka yang melakukannya dengan tujuan (niat) yang dimaksudkan dalam hadis mereka yang melakukan (mengukir) sesuatu yang menyerupai (bersaing) Allah SWT dalam penciptaan makhluk dan mereka berniat yang sedemikian (mengagungkan ukiran mereka). (Rujuk: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/91)

Menangkap gambar fotografi dengan menggunakan alat seperti kamera bukan seperti perbuatan melukis, dan perbuatan ini dianggapkan sebagai menangkap bayang maka perbuatan ini diharuskan. Hukum ini berkekalan selama mana gambar yang diambil adalah tujuan perhiasan dirumah sebagai tanda kenang-kenangan. Sekiranya menggantung gambar tersebut bertujuan untuk penyembahan dan mengagungkan makhluk maka perbuatan tersebut diharamkan. Justeru itu, perbuatan menggantung gambar fotografi di dinding rumah atau di susun sebagai perhiasan di rumah mahupun pejabat adalah suatu perbuatan yang dibenarkan di dalam agama.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published