Allah menegaskan pentingnya menjaga mata hati agar tidak buta. Hati buta dek kelalaian yang membuatkan seseorang lupa kepada Allah SWT, lupa kewajipan dan lupa janjinya kepada Allah ketika masih tidak tahu hakikat kebenaran undang-undang peraturan Allah SWT.
Cuba kita pejamkan mata, apa yang dapat kita lihat? Adakah kegelapan? Bagaimana berjalan dalam keadaan mata terpejam? Apa perasaan kita? Bimbangkah akan terjatuh atau terlanggar sesuatu? Begitulah hakikat yang dilalui orang yang buta.
Jika hati kita yang buta, kita tidak akan mendapat petunjuk hidayah dan kasih sayang Allah SWT. Jika terus berjalan dalam keadaan hati yang buta betapa banyak peraturan dan perintah Allah SWT yang akan kita langgar.
Carilah ilmu pengetahuan dan mengamalkannya dengan berilmu. Berusaha untuk menjadi lebih berani melawan ego di dalam diri bagi menyuci dan memberikan sinar kepada cermin hati selain membebaskan diri dari buta hati.