Umat Islam dituntut mempelajari Al Quran serta mengajarkannya sama ada untuk memperbetulkan bacaan, memahami isi kandungan dan beramal segala hüküm hakam yang telah ditetapkan. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Uthman RA anhu, Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya." Riwayat al-Bukhari (5027)
Seperti yang diketahui, cara mempelajari Al Quran adalah dengan berguru atau bertalaqqi, berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar Jibril AS secara bertalaqqi. Daripada Fatimah RA anha berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:
أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي
Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. Riwayat Muslim (2450) al-Bukhari (3623)
Dengan keadaan pandemik yang tidak menentu ini agar sukar untuk bertalaqqi. Namun begitu, kelas mengaji online tumbuh bagaikan cendawan. Media sosial banyak membantu ramai orang untuk belajar mengaji. Selain itu penggunaan Al Quran digital seperti Mushaf Al Fatih juga menjadi pilihan ibu bapa untuk dijadikan medium bantuan dalam pembelajaran anak-anak.
Bukan sahaja Al Quran digital ini mudah digunakan, ianya juga sangat interaktif dan menarik perhatian anak. Ini dapat membuatkan mereka lebih seronok untuk mengaji. Ibu bapa juga secara tidak langsung dapat "bonding" dengan anak-anak.