SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

DI MANA KEDUDUKAN PUASA KITA?

Imam al-Ghazali dalam kitabnya 'Ihya Ulumuddin' menyebut:

"Puasa ada 3 kedudukan: Puasa al-Umum, puasa al-Khusus dan puasa Khusus al-Khusus. Puasa al-Umum ialah menahan perut dan kemaluan dari memenuhi kehendak syahwat. Puasa al-Khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Manakala puas Khusus al-Khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah secara total. Puasa akan terbatal pada tahap ini lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah SWT dan hari akhirat. Demikian juga akan terbatal puasa dengan memikirkan dunia kecuali urusan dunia yang kepentingannya untuk agama kerana itu termasuk dalam bekalan akhirat dan bukan urusan dunia. Arbab al-Qulub (orang yang prihatin dengan hati mereka) berkata: sesiapa yang pada siang Ramadhan tergerak keinginannya mencari apa yang dimakan ketika berbuka puasa, maka ditulis satu kesalahan, kerana ianya lahir daripada sikap kurang percaya kepada pemberian Allah SWT dan kurang yakin terhadap rezekinya yang telah dijanjikan. Tahap puasa seperti ini ialah tahap para nabi, al-Shiddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan."     

 

Menurut imam al-Ghazali juga bagi mencapai tahap puasa al-Khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan enam perkara iaitu:

  1. Menunduk pandangan dan menahan diri dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syriat serta dari segala perkara yang bleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah SWT.
  2. Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran. 
  3. Menahan diri dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar.
  4. Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa di siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan yang haram.
  5. Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah SWT dari perut yang penuh dengan makanan yang halal.
  6. Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah SWT, kerana dia tidak tahu puasanya diterima Allah SWT dan termasuk dalam golongan orang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk dalam kalangan orang yang celaka.        

Akhir sekali, dimana tahap puasa kita? Puasa al-Khusus atau sekadar puasa al-Umum sahaja?  


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published