SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

GURU DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Guru adalah antara bidang pekerjaan yang mulia - mempunyai darjat dan martabat yang tinggi, di mana kalimah keramat gelaran cikgu atau ustaz sentiasa abadi dalam kehidupan guru dan tidak pernah dipencenkan oleh masyarakat sekalipun mereka sudah lama bersara. 

Status sebagai seorang guru bukanlah satu perkara yang mudah. Realiti pada hari ini, menjadi seorang guru bermaksud individu tersebut perlu berhadapan dengan karenah serta perangai pelbagai pihak terutamanya ibubapa dan pelajar-pelajar. Ianya memerlukan kesabaran dan kesungguhan dalam mendidik generasi yang terbaik.

Manusia adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang unit dan hebat. Penciptaan manusia ini adalah berbeza dengan maklukNya yang lain kerana dilebihkan dengan pengurniaan akal fikiran dan banyak lagi. Allah SWT berfirman:

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

(Surah al-Tin: 4)

Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajarkan ilmu, maka dia juga akan memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang dia ajarkan. Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.”

Riwayat Muslim (1893)

Imam Nawawi dalam menjelaskan hadith di atas berkata: “Kelebihan orang yang menunjukkan kepada suatu kebaikan, memberikan perhatian dan membantu orang yang melakukan kebaikan.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published