SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HANYA ALLAH YANG MAMPU MEMBUAT KITA BAHAGIA

Maha Suci Allah yang mampu menabur dan menyerakkan bintang di langit sehingga kelihatan jelas keindahannya. Allah SWT mampu membuatkan hati-hati merasa damai tatkala menatap keindahan bintang di langit. Bahkan Allah SWT mampu menjadikan sekeping hati merasa syahdu menyaksikan setitis embun yang menempel di dedaunan. Hanya Allah SWT yang mampu melakukannya.

Adakah seorang professor, seorang ahli falsafah atau seorang yang paling pintar di muka bumi ini mampu melakukannya? Bukanlah Allah setiap saat telah menampakkan keindahan ciptaanNya kepada kita?

فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Surah Ar-Rahman ayat 13

Berlarilah mengejar Allah ketika kita merasa kagum. Kagum kerana Allah sentiasa memberikan nafkah untuk kita makan setiap hari. Menangislah kepada Allah dalam solat dan zikir disepertiga malam ketika hati sepi dan sedih.

Marilah jadikan Allah sebagai yang pertama dan segala-galanya kerana tiadalah yang lebih dahsyat cara kerja dan pertolongan selain Allah SWT.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published