Menurut Imam Al-Ghazali, "Hati adalah raja. Hatilah yang menentukan kecergasan iman dan takwa kita".
Pada diri manusia terdapat 3 kekuatan yang dibekalkan Allah SWT untuk menghadapi hebatnya ujian di dunia. Selain akal fikiran yang cerdas, tubuh badan yang sihat dan hati yang berfungsi sebagai pengeluar pelbagai perasaan - benci, marah, rindu, kasih sayang, gembira dan dendam yang mengawal tubuh badan kita.
Kecergasan akal tidak akan sempurna tanpa hati yang cerdas. Kebanyakan orang bijak menjadi sampah masyarakat kerana ilmu yang dimiliki mengawal hati yang telah rosak. Sehingga ilmunya memudaratkan orang lain. Demikian juga kekuatan tubuh badan tidak akan sempurna kecuali dengan hati yang kuat.
Jom baiki diri