SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HATI YANG MARAH

Allah menciptakan cahaya tapi tidak kegelapan. Gelap lahir ketika tiadanya cahaya. Begitu juga dengan sejuk, ketiadaan haba. Allah menciptakan haba tapi tidak kesejukan. Kesejukan lahirnya ketiadaan haba.

Kejahatan ialah kata untuk meyatakan ketiadaan taqwa kepada Allah di hati. Allah tidak wujudkan kejahatan, kejahatan lahir kerana hati sudah tidak takut kepada Allah.

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelahan? Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan, tau di telefon.

Sebenarnya apabila dua orang marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu mereka memerlukan suara yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit main berjauhan.

Mereka yang saling menyayangi pula, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit. Hanya berbisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Oleh itu, dalam menguruskan perbezaan pendapat, jangan tinggikan suara, jangan beremosi supaya hati tidak berjauhan. Ramai yang tidak sedar sehingga hati dah berjauhan dan tak dapat dihubungi lagi barulah nak diselamatkan kembali.

Sebab itu disarankan diam ketika marah supaya hati tak berjauhan juga kerana kata-kata yang dikeluarkan ketika marah pastinya mengguris hati.

    


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published