SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HIKMAH MALAM DAN SIANG

Cubalah sesekali kita merenung tentang adanya malam dan siang. Sekiranya ukuran siang atau malam bertambah atau berkurang dari kadar yang telah ditetapkan pastilah memberi kesan pada kadar manfaatnya. Allah menjadikan malam sebagai waktu untuk istirehat bagi manusia. Sedangkan hadirnya siang petanda dibukanya peluang berniaga bagi manusia.

muslim pray

Dalam penggiliran waktu tersebut Allah menetapkan 5 waktu kewajipan solat. Diawali dengan solat Subuh sebagai pembuka aktiviti di pagi hari dan diakhiri dengan Isyak di malam hari. Perkara sedemikian menjadi isyarat bagi manusia agar selalu bertafakur, merenungi hikmah atas kurniaan waktu siang dan malam. 

Tatkala di siang hari kita mengisi dengan perbuatan zalim, kita mampu memanfaatkan waktu malam dengen bertaubat dan aktiviti kesolehan dan sebaliknya. Hadirnya malam dan siang menjadi keseimbangan bagi kelangsungan hidup bukan hanya bagi manusia tetapi juga alam semesta. 

Kehadiran siang dan malam, menunjang aktiviti kehidupan makhluk juga pergerakan bumi, langit, bulan, matahari dan bintang-bintang. Siang dan malam mengandungi pelbagai hikmah kesempurnaan penciptaan yang menjadi bukti rahmat Allah. 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published