SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HUKUM CUCUK VAKSIN PADA BULAN RAMADHAN

Setiap ibadat yang dilakukan mestilah terikat dengan syarat dan perkara yang telah ditetapkan syarak seperti syarat wajib, perkara yang membatalkannya, sunat-sunatnya dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan ibadah puasa yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang baligh, puasa juga seperti ibadah yang lain, ia disyariat berdasarkan Firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa

(Surah al-Baqarah, 183)

Kaedah pemberian suntikan vaksin terbahagi kepada empat kaedah, pertamanya suntikan Intramuscular iaitu suntikan ke dalam otot, Intravena iaitu suntikan melalui salur darah, intradermal suntikan melalui lapisan kulit atas dan subcutaneous iaitu suntikan pada kawasan dalam kulit di atas otot. Vaksin Covid-19 disuntik menggunakan kaedah intramuscular iaitu suntikan ke dalam otot. 

Menurut pandangan Syeikh Yusuf al-Qaradawi, suntikan tidak membatalkan puasa walaupun suntikan itu dilakukan pada siang hari Ramadan kerana suntikan bukan termasuk dalam kategori makan atau minum dari sudut syarak.[2]

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan perbahasan yang diberikan dapat disimpulkan bahawa hukum melakukan suntikan vaksin Covid-19 pada siang hari di bulan Ramadan adalah diharuskan dan tidak membatalkan puasa kerana suntikan tersebut tidak melalui rongga yang terbuka.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published