Konsep pre-order (pra-tempah) e-dagang adalah satu konsep perniagaan masa kini yang banyak digunakan oleh peniaga-peniaga di platform e-dagang.
Ianya termasuk dalam bentuk jual beli salam (bayar dahulu barang dapat kemudian) dan juga kontrak ijarah (upah) yang disepakati fuqaha’ tentang keharusannya. Tambahan lagi, polisi pemulangan semula (return/refund) pada pelanggan dapat menghilangkan risiko barang tidak dapat diserahkan atau tidak sama spesifikasi yang selari dengan prinsip khiyar dalam Islam.
Hukum Menjual Barang Yang Tidak Dimiliki
Hukum berkaitan muamalat adalah harus selagi mana tiada dalil yang menjadikannya haram. Allah s.w.t berfirman:
وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْ
Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.
Surah al-Baqarah (275)
Imam al-Thabari mentafsirkan ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT membenarkan keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan dan jual beli.
وأحلّ الله الأرباح في التجارة والشراء والبيع
Maksudnya: Dan Allah s.w.t menghalalkan keuntungan yang diperoleh melalui perniagaan dan jual beli. (Rujuk Tafsir al-Tabari 13/6)
Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi dalam jual beli pre-order bagi mengelakkan unsur jahalah (tidak diketahui) pada barang yang dijual beli tersebut.
- Barang yang dijual beli boleh dijamin kewujudannya oleh penjual
- Waktu penyerahan barang kepada pelanggan jelas.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
PRE-ORDER: