SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HUKUM MAKAN SUSHI DAN SASHIMI

Pada dasarnya, asal sesuatu makanan itu ialah halal melainkan ada dalil yang menyatakan ia haram atau ada sebab yang membuatkan ia berubah menjadi haram. Allah SWT berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ‎﴿١٦٨
﴾ Al-Baqarah 2: 168)

Maksudnya: “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”

Ayat ini jelas menunjukkan perintah dan arahan Allah agar mencari makanan yang halal lagi suci. Ibn Kathir menyatakan bahawa menurut ayat ini Allah SWT menghalalkan untuk memakan apa sahaja di muka bumi ini dengan sesuatu yang halal lagi baik. Maksud bank disini ialah makanan yang elok dan tidak memudaratkan tubuh badan dan akal fikiran.

Bahan asas untuk pelbagai jenis sushi adalah nasi bercuka. Pelbagai jenis sushi diperbuat daripada inti dan topping yang berbeza, perasa, dan proses penyediaan mereka. Bahan-bahan yang sama namun proses penyediaan yang berbeza boleh mewujudkan keputusan yang sangat berbeza. Kebiasaannya, sushi Jepun tradisional sering dihidangkan dengan bahan mentah, tiada lemak masak diperkenalkan semasa penyediaan.

Seterusnya, sashimi pula merupakan makanan Jepun yang terhasil daripada makanan laut yang dimakan dalam keadaan mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi.

Melihat kepada definisi dan pentakrifan kedua-dua jenis makanan ini, dapat kita simpulkan bahawa perkara yang menjadi persoalan utama di sini adalah berkenaan hukum memakan daging atau ikan yang dihidangkan secara mentah, tanpa dimasak.

Secara umumnya, haiwan laut seperti ikan adalah halal dimakan meskipun sudah menjadi bangkai dan tanpa perlu disembelih, bersandarkan kepada sabda Nabi SAW:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: “Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).”
Riwayat al-Tirmizi (68)

Dalam hal memakan sushi atau sashimi ini gambarannya sama seperti memakan ikan yang telah mati dan daging mentah yang telah disembelih dengan kaedah syarak, maka jelas di sini hukumnya adalah harus dan halal sepertimana yang dinyatakan oleh para ulama. Tambahan pula, ia tidak mendatangkan sebarang kemudaratan pada tubuh dan akal.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published