SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HUKUM MEMAKAI KUKU PALSU

Hiasan kecantikan merupakan lumrah seorang wanita itu asalnya adalah baik; akan tetapi mestilah tidak melanggar apa yang dilanggar syarak. Umumnya, hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah harus sama ada pada badan, pakaian atau tempat. 

Kuku palsu atau nama lainnya kuku tiruan, merupakan sambungan yang diletakkan ke atas kuku sebagai suatu aksesori fesyen. Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk membentuk dan meletakkan kuku palsu ini iaitu plat plastik ringan yang berbentuk kuku yang dilekatkan pada hujung kuku semula jadi atau kepingan berbentuk dengan bahagian tepi yang melekit yang dapat melilit keseluruhan kuku asal dengan sempurna.

Islam mengharamkan sebarang bentuk pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan tujuan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan penyambungan atau dengan cara pembedahan atau yang seumpamanya. Terdapat hadis yang melarang perkara tersebut sepreti yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud, katanya:

لَعَنَ اللَّهُ الوَاشِمَاتِ والمــُوتَشِمَاتِ، والمــُـــتَنَمِّصَاتِ، والمــُـتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، المــُـغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ

Maksudnya: “Allah melaknat wanita-wanita yang membuat tatu, yang meminta dilukiskan tatu, yang mencabut bulu-bulu wajah dan yang merenggangkan gigi untuk kecantikan, yang mengubah ciptaan Allah.”

(Riwayat al-Bukhari, 4886)

Oleh yang demikian, terdapat isyarat yang menunjukkan hukum haram yang ditujukan kupada sesiapa yang melakukannya demi kecantikan semata-mata. Namun jika untuk tujuan perubatan atau menghilangkan aib, maka ia diharuskan.

Mereka yang memakainya dengan tujuan rawatan dan perubatan, mestilah meraikan beberapa piawaian atau syarat iaitu pemakaiannya tidak menghalang air untuk sampai ke kulit sewaktu mengambil wuduk dan juga mandi wajib. Begitu juga, hendaklah ia dicipta daripada bahan yang suci lagi halal, di samping rupa bentuknya pula tidak terlalu menyerlah atau melampaui rupa bentuk kuku asal. Bahkan bahan yang digunakan mestilah selamat dan baik untuk digunakan.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published