SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HUKUM MENCABUT UBAN

Boleh atau tidak? Sebelum memberi kata putus, fahami dulu apa itu uban. Genetik adalah faktor utama tumbuhnya uban. Ada orang yang berumur 30-an tapi sudah beruban, ada juga yang sudah berumur 60-an tapi rambut masih hitam legam. Disebabkan uban sangat sinonim dengan tua, maka ramai yang cabut uban. 

Menurut mazhab Syafie, makruh seseorang itu mencabut ubannya. Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ تَنْتِفُوا الشَّيْبَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَشِيبُ شَيْبَةً فِي الإِسْلاَمِ إِلاَّ كَانَتْ لَهُ نُورًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Janganlah kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari kiamat.”

Jika demikian hukumnya, adakah boleh mewarnakan uban? Ia dibolehkan berdasarkan sebuah riwayat daripada Jabir Bin Abdillah Al-Ansari radhiyallahu ‘anhuma bahawa ketika Abu Quhafah dibawa pada hari pembukaan kota Makkah, maka keadaan rambutnya sudah terlampau putih. Maka Nabi S.A.W bersabda:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya: “Ubahlah ini (uban) dengan sesuatu dan jauhilah warna hitam.”

Hadis di atas jelas menunjukkan keharusan mengubah warna putih uban kepada warna selain hitam seperti dengan menggunakan inai dan perkara-perkara lain yang halal. Manakala hadis di atas juga jelas menunjukkan keharaman mengubah warna uban kepada warna hitam dan inilah pendapat yang terpilih di dalam mazhab kita, sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi. Wallahu a’lam.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published