SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

HUKUM PROMOSI BARANG DI MEDIA SOSIAL

Perbuatan mempromosikan barangan dengan cara berpakaian tidak sopan dan memalukan adalah perbuatan yang diharamkan. Tambahan pula ianya dianggap sebagai perbuatan berbangga dengan dosa. Ia juga merupakan perbuatan yang boleh mencemarkan kehormatan diri sebagai wanita apatah lagi jika dia adalah seorang Muslim.

Mempromosikan barang seharuskan menggunakan cara yang elok dan sopan serta tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya niat tidak menghalalkan cara. Meskipun niat seseorang itu baik yang tujuan mencari rezeki, namun niat sebegini sama sekali tidak menghalalkan jalan promosi yang diharamkan oleh agama.

Ia adalah perbuatan yang mendedahkan aurat secara terbuka.

Sikap berbangga diri seperti ini dilarang keras oleh Rasulullah SAW kerana ia mengundang kemurkaan Allah. Sabda Baginda :

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلاَّ الْمُجَاهِرِينَ، وَإِنَّ مِنَ الْمَجَانَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً، ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ، فَيَقُولَ يَا فُلاَنُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا، وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

Maksudnya: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-mujahirin. Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya. Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘’Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.”

Ianya dianggap sebagai perbuatan berbangga dengan dosa. Ia juga merupakan perbuatan yang boleh mencemarkan kehormatan diri sebagai wanita apatah lagi jika dia adalah seorang Muslim. Mempromosikan barang seharuskan menggunakan cara yang elok dan sopan serta tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak. Sesungguhnya niat tidak menghalalkan cara. Meskipun niat seseorang itu baik yang tujuan mencari rezeki, namun niat sebegini sama sekali tidak menghalalkan jalan promosi yang diharamkan oleh agama.

 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published