SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

INSPIRASI DARI RAJA ZULKARNAIN

Raja Zulkarnain disebut dalam sejarah Islam sebagai raja yang menganut ajaran Nabi Ibrahim. Raja Zulkarnain diceritakan pergi mengembara dari sebelah barat bumi hingga ke timur untuk mengajak banyak kaum memeluk agama tauhid. Satu ketika Raja Zulkarnain bertemu dengan satu kaum yang tinggal di antara dua gunung di mana mereka sedang dizalimi Ya'juj dan Ma'juj. Raja Zulkarnain mengajak kaum yang dizalimi tersebut ke dalam agama tauhid, sehingga menolong mereka menentang kezaliman Ya'juj dan Ma'juj.

Inspirasi dari kisah raja penyembah Allah SWT ini adalah semangat dakwah yang dahsyat. Dia rela berjalan jauh untuk menyebarkan ajaran tauhid hingga menyelamatkan kaum yang dizalimi daripada kekejaman Ya'juj dan Ma'juj. Itulah yang Raja Zulkarnain lakukan sehingga kemudian dirinya dikisahkan dalam Al-Quran dan hadis.

Mungkin kita tidak akan mampu melakukan seperti apa dilakukan Raja Zulkarnain ini. Namun dengan berkongsi dan menyebarkan ilmu pengetahuan yang berguna, idea serta inspirasi kepada lebih ramai orang masih boleh dilakukan supaya lebih ramai mendapat manfaatnya.

Kisah Raja Zulkarnain ini boleh dijadikan inspirasi dalam perkongsian ilmu yang bermanfaat.

(Surah Al-Kahfi ayat 96-98)  

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published