SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

ISTIKHARAH DENGAN BUKA AL QURAN SECARA RAWAK

Tak salah jika kita berpandukan Al Quran tatkala kita dilanda masalah dan kekusutan. Namun amalan yang lebih dikenali dengan nama "garpu tala" iaitu dengan membuka al-Quran secara rawak kemudian lihat pada mana-mana ayat dan membaca terjemahannya. Kemudian apabila terjemahannya menceritakan perkara yang baik jadi boleh meneruskan apa yang dihajati dan sekiranya perkara yang tidak baik seperti azab maka ditinggalkan apa yang dihajatkan itu. 

Istikharah dengan membuka lembaran al-Quran secara rawak tidak terdapat dalil dan nas khusus serta sahih yang menceritakan berkenaan dengannya. Menurut pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafi’ie makruh hukumnya .

Setiap muslim perlu bersikap lebih warak iaitu meninggalkan amalan ini kerana sebahagian ulama mengharamkannya. Bahkan di sisi mazhab Syafi’ie hukumnya adalah makruh yang memberi makna perbuatan yang sia-sia, malah tiada ganjaran dan apa-apa fadilat. 

Amalan istikharah dengan cara yang diajarkan oleh Baginda Nabi SAW iaitu solat istikharah dan berdoa kepada Allah SWT disamping meminta nasihat dari individu yang berpengalaman abdallah lebih baik. 

Istikharah dengan membuka al-Quran secara rawak tidak terdapat nas sahih yang menyebut tentangnya. Bahkan sekiranya ia digunakan sebagai kepercayaan untuk menilik terhadap apa yang akan berlaku  pada masa hadapan maka ia adalah haram dan menyerupai perbuatan ahli sihir dan penilik nasib. Oleh itu, seseorang yang ingin beristikharah maka disunatkan melakukan solat sunat Istikharah kemudian diiringi dengan doa kepada Allah SWT sebagaimana yang diajar oleh Baginda SAW.

Hal ini bertepatan dengan saranan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah Ranhuma, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُعَلِّمُنَا الاِسْتِخَارَةَ فِي الأُمُورِ كَمَا يُعَلِّمُنَا السُّورَةَ مِنَ الْقُرْآنِ يَقُولُ ‏‏ إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW mengajar kami Istikharah dalam segenap perkara sepertimana Baginda mengajar kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda: Apabila seseorang daripada kamu berazam untuk melakukan sesuatu perkara maka dirikanlah solat dua rakaat selain daripada solat fardu.

Riwayat al-Bukhari (1166)

 

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan  

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published