SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KEBOHONGAN ADALAH PENYAKIT

Kebohongan adalah penyakit masyarakat sejak zaman-berzaman. Ia adalah punca utama timbulnya banyak gejala negatif. Masyarakat tidak akan aman sejahtera sekiranya kebohongan berleluasa dalam kalangan anggotanya. Suatu bangsa juga tidak akan maju melainkan berlandaskan kejujuran.

xray

Kebohongan menimbulkan perasaan saling membenci antara sesama sahabat, hilang rasa percaya dan terbentuk masyarakat yang bersifat "kau dan aku". Tiada landasan tolong menolong atau bergotong royong. Apabila kebohongan berleluasa hilang rasa saling menyenangi dan keakraban dalam masyarakat.

Islam melarang sifat berbohong dan menganggap perbuatan ini sebagai dosa. Masalah perlu diselesaikan namun bukan dengan cara peperangan emosi atau pertarungan fizikal.

Allah SWT berfirman, "Dan orang-orang yang tidak menyekutukan Allah dengan sembahan lain dan tidak membunuh orang-orang yang diharamkan Allah kecuali dengan alasan yang benar dan tidak berzina. Barangsiapa melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat. Iaitu akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina".

(Surah An-Furqan ayat 68-69)

 

Jom baiki diri


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published