SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KEHEBATAN MANUSIA

Kehebatan seorang lelaki itu selama mana ia mampu menahan perasaan marahnya, bilamana ia gagal menahan kemarahannya, maka hilanglah kehebatan seorang lelaki itu. Manakala kehebatan seorang wanita itu terletak kepada setinggi mana perasaan malunya, bilamana hilang perasaan malunya, maka hilanglah kehebatan wanita itu.

Ketahuilah, keegoan itu akan lenyap bilamana kita diusung ke kubur. Lenyapkanlah kesombongan itu dengan memperbanyakkan pergaulan dengan golongan yang tawadduk, menghadiri pengkebumian dan mengambil iktibar dengan apa yang ada di atas kubur, lebih baik dari mengharapkan iktibar setilha berada di dalam kubur.

Banyakkan mengingati kematian, itu petanda orang yang berakal, kerana sebaik-baik perancangan masa depan, ialah mereka yang merancang sekarang untuk menentukan apa yang akan diperolehi selepas kematiannya.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published