SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KEPENTINGAN ILMU

Mengikut pandangan Islam, sumber sebenar ilmu ialah daripada Allah SWT iaitu Tuhan Yang Maha Mengetahui. Allah SWT menganugerahkan makna tentang sesuatu perkara kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya.

Daripada Muawiyah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah memperolehi kebaikan Allah menjadikannya pandai dalam hal keagamaan”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sumber-sumber ilmu dalam Islam dapat dibahagikan kepada ilmu wahyu, ilmu ilham dan ilmu akal.

ILMU WAHYU

  1. Ilmu paling tinggi yang datang secara langsung dari Allah SWT
  2. Menyentuh realiti dan tak mampu difikirkan oleh akal manusia
  3. Menceritakan tentang hakikat Allah dan sifat-sifatNya
  4. Menyentuh tentang perkara-perkara alam ghaib seperti alam kubur dan seumpamanya
  5. Menjelaskan tentang kewajipan asasi yang mesti ditunaikan kepada Allah SWT 
  6. Mengajar manusia untuk menjauhi perkara-perkara yang dilarangNya
  7. Orang yang mendapat ilmu wahyu hanyalah para Rasul dan nabi 

ILMU ILHAM

  1. Ilmu yang didatangkan oleh Allah SWT ke dalam minda atau kalbu seseorang yang dikehendakiNya
  2. Dikenali sebagai ilmu ladunni  atau ilmu kashshaf 
  3. Orang yang dianugerahkan dengan ilmu ini akan mengetahui sesuatu peristiwa terlebih dahulu sebelum peristiwa itu berlaku
  4. Ilmu ini tidak boleh mengatasi ilmu wahyu
  5. Jika sesuatu maklumat yang diperolehi daripada ilmu ini bercanggah sama ada dengan al-Quran atau al-Sunnah, maka ilmu ilham mesti ditinggalkan
  6. Kedudukannya lebih rendah dari ilmu wahyu
  7. Orang yang mendapat ilmu ilham ialah para wali Allah sahaja. Mereka diberikan ilmu tersebut kerana kesucian hati, kekuatan amalan dan kedudukan yang hampir dengan Allah SWT. 

ILMU AKAL

  1. Ilmu yang berada pada tahap ketiga dan terakhir ialah ilmu akal atau ilmu akli
  2. Ilmu ini juga bersumberkan Allah SWT dan manusia perlu berusaha mendapatkannya dengan belajar, berfikir dan membaca
  3. Ilmu ini diperolehi dengan proses dan aktiviti berfikir dengan menggunakan akal yang logik
  4. Ilmu ini menyentuh tentang realiti yang zahir dan fizikal iaitu perkara yang wujud dan fenomena yang berlaku di alam fizikal ini sahaja
  5. Ilmu akal tidak meliputi ilmu tentang alam ghaib
  6. Ilmu ini diperolehi oleh sesiapa sahaja yang sanggup berusaha bagi memperolehnya. Orang yang mempunyai ilmu akal dan memanfaatkannya untuk tujuan yang baik masih tetap lebih tinggi kedudukannya di sisi Allah daripada orang yang tidak berilmu.

 

al quran

Antara nikmat kurniaan Allah terhadap manusia ialah memperolehi ilmu pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan agama. Orang yang mendapat kebaikan dan petunjuk daripada Allah SWT ialah mereka yang dapat mendalami ilmu agama dan beramal dengannya. Ilmu adalah suatu nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published