SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN

Ilmu pengetahuan adalah cahaya yang digunakan untuk menerangi, dengannya orang boleh melihat hakikat sesuatu. Melalui pengetahuan, kita akan sibuk oleh berbagai kebaikan dan berupaya menghindarkan diri dari berbagai keburukan.

Apabila seseorang hilang pengetahuan, maka hilanglah penglihatannya, kebodohan akan menyinggahi, cahaya pengetahuannya akan pudar, dan neraca pembeza antara kebaikan dan keburukan akan menjadi kacau. Akibatnya kita tak boleh lagi membezakan mana yang bermanfaat dan yang tidak. Tidak ada sesuatu yang lebih buruk oleh seorang hamba selain keburukan yang ada pada kebodohan. Oleh itu, hendaklah orang yang berakal terus menambah ilmunya walaupun hanya sedikit.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published