SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KESEMPURNAAN IMAN

Iman diumpamakan oleh al Quran sebagai tanah yang subur. Di atas tanah yang subur inilah lahirnya tamadun yang kukuh dan teguh bagi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat dengan syarat is dibina atas keimanan, ketakwaan dan amal yang soleh.

Allah SWT berfirman :

“Dan negeri yang baik (tanahnya), tanaman-tanamannya tumbuh (subur) dengan izin Allah; dan negeri yang tidak baik (tanahnya) tidak tumbuh tanamannya melainkan dengan keadaan bantut. Demikianlah Kami menerangkan tanda-tanda (kemurahan dan kekuasaan) Kami dengan berbagai cara bagi orang-orang yang (mahu) bersyukur”2.

Surah al-A‘raf(7) : 58

 crops

Agama Islam ditegakkan di atas 5 rukun yang paling penting iaitu

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan sembahyang fardhu 5 waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadhan
  4. Memberi zakat
  5. Menunaikan haji ke Baitullah sekali seumur hidup

Kesempurnaan iman seseorang dapat diukur dengan kesempurnaan mereka menunaikan semua kewajipan yang fardhu dan ditambah pula dengan yang sunat.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published