SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

KITA MEMERLUKAN KETAKWAAN

Hakikat takwa sebenarnya adalah perintah untuk melakukan segala yang Allah SWT perintahkan. Namun sedarkah kita setiap perintah Allah itu didalamnya terkandung kebaikan? Manusia yang diciptakan beserta nafsu dalam jiwanya pasti akan susah untuk menjadi lebih baik. Jika tidak diajarkan untuk membuat kebaikan.

Manusia tidak akan berasa malu untuk melakukan perbuatan licik, jahat, maksiat - sehingga sanggup menyakiti antara satu dengan yang lain. Melalui jalan takwa, nafsu dan perbuatan jahat dapat dielakkan. Sebagai contoh dengan melakukan solat, manusia belajar bersabar dan merendah diri. Dengan berpuasa, manusia mengerti bagaimana rasa lapar sehingga tahu untuk bersyukur dan menjaga silaturrahim sesama manusia dan memahami nikmat hidup bermasyarakat.

Allah SWT berfirman,"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan furqan yakni kemampuan membezakan antara yang haq dan batil kepadamu dan menghapus segala kesalahanmu dan mengampuni dosa-dosamu. Allah memiliki kurnia yang besar."
(Surah Al-Anfal ayat 29)

Sedarkah kita bahawa akhirnya dengan cara takwa juga menjadikan manusia makhluk yang terhormat.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published