SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

MALAS DALAM BERDAKWAH

Umat Islam merupakan teras bagi umat-umat yang lain. Umat manusia seluruhnya sangat memerlukan hidayah Islam. Namun, kita tidak bersungguh-sungguh dalam berdakwah kepada agama Allah SWT. 

Sungguh meninggalkan dakwah merupakan kejahatan besar dan perbuatan dosa yang wajib dimohon taubat kepada Allah SWT. Kederhakaan terhadap Allah akan mendatangkan kerendahan dan kehinaan terhadap masyarakat.      

Dalam kitab Sahih Muslim, dari Zainab binti Jahsy r.h, bahawa dia berkata: "Aku bertanya kepada Rasulullah, 'Wahai Rasulullah, pakah kita akan dibinasakan padahal di antara kita ada orang soleh?'

"Baginda menjawab, 'Ya, apabila kejahatan telah bermaharajalela."

Salah satu kesan negatif dari diamnya seorang ulama adalah masyarakat umum akan menyangka bahawa apa yang mereka lakukan itu boleh atau baik. Akibat meremehkan dakwah ini adalah mereka yang sering melakukan kerosakan akan terus-menerus berada dalam kesia-siaan. Mereka tidak pernah berhenti mengikut kemahuan hawa nafsu, sehingga kerana sering masyarakat melihat kemungkaran ini, hati mereka pon jadi terbiasa melihatnya, sampai mereka tidak lagi memandang buruk semua kemungkaran itu atau pun memikirkan akibat buruk yang disebabkannya.

Hendaklah setiap pihak tetap konsisten melaksanakan kewajipan yang diberikan kepadanya, seperti membela agama Allah. Maka dari itu, ulama yang ini membela agama Allah dengan perkataanya, yang itu dengan tulisan, yang lain dengan harta kekayaan dan yang lain lagi dengan wibawanya.  


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published