SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

MANFAAT ORANG BAIK DI DUNIA

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُم بِٱلْأَخْسَرِينَ أَعْمَٰلًا
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? 
Surah al-Kahfi ayat 103

Ayat ini menceritakan siapakah orang yang rugi dan siapakah orang-orang yang beruntung. Mudah kata, orang yang rugi akan masuk ke neraka dan untung bagi orang yang beruntung kerana akan dimasukkan ke syurga.

Allah SWT menyatakan dalam ayat-ayat ini bahawa orang-orang yang bahagia di dunia ialah orang-orang yang senang melakukan kebaikan. Sesiapa yang berbuat kebaikan, Allah SWT menjanjikan dia pasti bahagia. Orang yang sengsara atau golongan yang rugi ialah orang-orang yang melakukan perbuatan sia-sia. Sedangkan mereka merasakan mereka telah membuat perkara yang paling baik.

ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".
Surah al-Kahfi ayat 104

Apa perbuatan yang sia-sia itu? Jawapan mudahnya adalah mereka yang menolak berbuat kebaikan. Justeru marilah kita berbuat baik kerana Allah SWT telah menjamin keuntungan bagi yang melakukannya.

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published