Firaun dan para pengikutnya marah benar terhadap bani Israel kerana mereka beriman kepada Musa, setelah Musa menang dalam pertarungan dengan para tukang sihir Firaun. Marah merupakan fitrah manusia. Mengendalikan amarah adalah sikap manusia bijaksana.
Seorang yang marah akan menutup ruang untuk berfikir. Hatinya pon akan tertutup dari kebenaran. Orang yang sedang marah tidak akan pernah tenang dan akhirnya membuat keputusan yang melulu.
Kemarahan hanya akan mewujudkan penyesalan. Marah itu sendiri adalah senjata yang ampuh bagi syaitan untuk membinasakan seseorang. Seseorang yang dikuasai amarah akan dengan mudah dikendalikan oleh syaitan.
Seorang yang sedang marah mampu mudah mengucapkan kata-kata kesat, menghina, mencaci-maki dan seterusnya. Pada ketika itulah bisikan syaitan untuk merosakkan manusia tercapai.
Jom baiki diri