SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

MEMIKIRKAN AKIBAT SEBELUM BERTINDAK

Memikirkan akibat sebelum bertindak akan menunjukkan hakikat sesuatu kepada seseorang dan menampakkan keadaan yang sebenarnya sehingga akan menjauhkannya dari keinginan menurut hawa nafsu. Semua itu disebabkan ketakutannya terhadap akibat yang buruk.

Keburukan yang menimpa seseorang tidaklah datang kecuali disebabkan kelalaian dan kebodohannya terhadap akibat buruk sesuatu perbuatan. Seandainya mahu melihat akibat yang akan diperolehi, tentu dia tidak akan mengutamakan kenikmatan sementara apabila dibandingkan dengan kenikmatan yang kekal selama-lamanya.

Berhati-hatilah terhadap akibat satu tindakan, janganlah mendahului sedikit kenikmatan yang dapat menghilangkan berbagai kebaikan dan hadapilah semua kesusahan yang menghalang dengan banyak bersabar, maka pasti kita akan mendapat keuntungan yang besar.


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published