Keluarga adalah rahmat dan ujian. Menjadi rahmat ketika seluruh anggota keluarga sepakat untuk patuh dan taat kepada Allah SWT. Tetapi menjadi ujian ketika ia menjadi sebaliknya. Allah SWT telah memberi contoh bahawa keluarga kadang-kadang akan menjadi ujian bagi manusia temasuk buat Nabi dan Rasul.
Nabi Nuh harus merelakan apabila melihat isteri dan anaknya tidak memilih jalan Allah. Nabi Ibrahim harus berselisih dan meninggalkan ayahnya yang juga tidak memilih jalan Allah. Sedangkan Rasullullah SAW harus menanggung kepedihan saat bapa saudaranya yang sanat Baginda sayangi tidak memilih jalan Allah.
Namun Allah SWT juga memberikan ganjaran yang besar kepada mereja yang teguh memilih jalanNya. Nabi Nuh diselamatkan dari banjir besar hingga berjaya meneruskan keturunannya yang soleh. Keturunan Nabi Ibrahim dinaikkan darjat menjadi para Nabi dan Rasul. Keluarga Rasulullah akan dipastikan untuk masuk ke syurga dan Rasulullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul terakhir dan paling utama.
Adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab kita untuk mengajak seluruh anggota keluarga kepada Allah SWT. Namun anggota keluarga tidak boleh menjadi penghalang jalan kita untuk menuju kepadaNya.