Berani mengakui kesilapan mempunyai hubungan dengan diri sendiri dan orang lain. Kesalahan selalu dianggap sebagai negatif atau buruk pada pandangan orang lain. Justeru tidak hairanlah betapa ramai yang memilih untuk menutup atau enggan mengakui kesilapan kepada orang lain dengan tujuan untuk menyelamatkan diri sendiri.
Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.
~Al-Kahfi ayat 56
Berani mengakui kesilapan yang dilakukan sebenarnya membawa pengaruh positif kepada psikologi diri dan orang lain. Individu akan merasa tenang apabila dapat meluahkan atau mengakui kesilapan yang dilakukan. Sebaliknya apabila semakin berusaha menutup kesalahan, ia bukan sahaja menimbulkan perasaan bersalah malah diri sendiri tidak mengecapi ketenangan. Bukan itu sahaja, selama mana kita enggan mengaku selama itulah kita akan berusaha untuk mencipta pelbagai alasan untuk menutup kesalahan yang dilakukan.