Allah menjanjikan kepada orang yang bernikah bahawa dia akan memberi kecukupan secara ekonomi sekiranya ia tidak mampu. Allah tidak mahu mendengar sehingga seseorang berkata, "Bagaimana aku mampu bernikah sedangkan aku tidak mempunyai wang untuknya?".
Sesungguhnya rezeki dirinya dan keluarga menjadi tanggungan Allah. Ini janji terbaik dari Allah dan Allah tidak pernah mengingkari janji-janjiNya.
Jika mereka miskin iaitu para suami dan orang yang telah menikah, Allah akan memampukan mereka dengan kurnianNya. Janganlah terbayangkan kemiskinan hanya kerana memikul beban menafkahi keluarga setelah bernikah menjadi asbab terhalangnya sebuah pernikahan. Cukuplah janji Allah tadi untuk menepis keraguan sejauh-jauhnya.
Orang bernikah yang diberi janji Allah berupa kecukupan hidup ialah orang yang mempunyai niat dengan pernikahannya supaya mendapat kemudahan menjalankan ketaatan kepada Allah dalam menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan.
Jom baiki diri