SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

MENUTUP AURAT

Wanita muslimah diperintahkan menutup aurat dengan baik. Menutup aurat yang baik adalah dengan menggunakan pakaian yang tidak memperlihatkan kulit bahagian aurat, tidak memperlihatkan bentuk tubuh yang menarik bagi berlainan jantina dan tidak tembus pandangan.

Selain itu ia tidak menarik perhatian orang lain dan yang paling penting adalah selesa digunakan. Wanita itu sendiri adalah manusia yang paling berharga. Segala sesuatu dari wanita itu perlu dijaga. Bermula dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

hijab

Wanita diibaratkan seperti barang yang mudah pecah. Jika sudah pecah, tidak akan kembali sempurna seperti sediakala. Walaupun boleh diperbaiki dengan cara digam atau sebagainya, ia tidak akan pernah sama seperti sediakala. Untuk itu wanita harus menjaga diri sebaik mungkin meskipun seurat rambut dan menutup aurat adalah salah satu usaha menjaga diri seorang wanita juga lelaki.

 

Allah SWT berfirman, "Dan taatlah kamu kepada Allah SWT dan taatlah kamu kepada Rasul serta berhati-hatilah jika kamu berpaling. Maka ketahuilah bahawa kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan amanah dengan jelas".

 

 

 

Jom baiki diri


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published