SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

MENYOMBONGKAN ILMU

Jangan kita bersikap sombong walau di mana pon kita. Imam az-Zahabi memberi nasihat, kesombongan yang paling buruk adalah orang menyombongkan diri kepada manusia dengan ilmunya. Dia merasa hebat dengan kemuliaan yang dia miliki. 

Sesungguhnya sesiapa sahaja yang menuntut ilmu untuk akhirat maka ilmunya itu akan membuatkan rendah hati dan menumbuhkan kekhusyukan hati, lalu menghadirkan ketenangan jiwa. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus diperhatikan. Bahkan di setiap saat dia selalu muhasabah dan memperbetulkan dirinya.

Apabila lalai daripada perkara sebegitu kemungkinan dia akan terkeluar dari jalannya yang lurus. Siapa sahaja yang menuntut ilmu untuk dibanggakan dan meraih kedudukan, memandang remeh kepada kaum muslimin yang lain serta memperbodoh dan merendahkan mereka, sungguh ini tergolong dalam kesombongan yang paling besar. 

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan bukan untuk disombongkan tetapi untuk disyukuri. Kekurangan bukan untuk diratapi tetapi untuk memacu kita untuk melakukan kebaikan. 

Terdapat 2 jenis kesombongan iaitu sombong terhadap kebenaran dan sombong terhadap makhluk. Sombong terhadap kebenaran adalah melakukan penyangkalan. Sombong terhadap makhluk adalah melemahkan dan merendahkannya.

Hal ini timbul kerana seseorang bangga dengan dirinya sendiri dan menganggap dirinya lebih mulia daripada orang lain. Kebanggaan terhadap diri sendiri, membawanya sombong terhadap orang lain, meremehkan dan menghina serta merendahkan mereka.

Renungi sindiran Imam al-Ghazali dalam ihya ulumuddin tentang manusia yang sombong.

Bagaimana mungkin manusia bersifat sombong sementara dalam dirinya terdapat 1-2 kilogram kotoran yang berbau.

 

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published