SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

PEDIHNYA AZAB KUBUR

Jika merenung kembali kisah-kisah nabi terdahulu, ada pelbagai cerita tentang azab di duniasebagai balasan bagi umat yang menolak syariat dan sunnatullah. Khusus bagi umat Muhammad, azab hanya akan diberikan kelak di alam kubur dan akhirat. Azab kubur menjadi satu tahap bagi umat Muhammad mendapatkan siksaan atas segala perbuatan dosa dan kemungkaran yang dikerjakan selama hidup. Kerana itu dalam banyak ayat al Quran, kita diperingatkan agar secepatnya bertaubat dan memperbaiki diri jika lalai berbuat dosa. 

Firman Allah SWT: 

فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ

Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” 

(Surah Ghafir: 45-46)

 

kubur

Azab kubur pastilah akan setimpal dengan kejamnya perbuatan kita di dunia. Ketahuilah bahawa jalan kematian menjadi jalan pertama datangnya azab yang pedi bagi kita.  

 

 

Jom baiki diri


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published