Pendidikan awal kanak-kanak adalah dari apa yang didengari dan dilihat dari persekitarannya. Mereka sama sekali tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk. Maka ibu bapa atau penjaga memegang tanggungjawab besar dalam membuat pilihan untuk masa depan anak kecil ini.
Dari perspektif Islam mahupun Barat, masing-masing menekankan kanak-kanak perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Namun begitu, Islam menekankan pembentukan sahsiah seorang kanak-kanak dan pemantapan akhlak perlu diterap seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwa.
Tapi bagaimana? Dengan menerapkan permainan dan juga bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak itu. Permainan seperti boneka Hafiz dan Hafizah sebagai contoh dapat mendekatkan kanak-kanak dengan bacaan al Quran, doa harian, asmaul Husna, sebutan dalam bahasa Inggeris dan banyak lagi.