SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

PERIHAL JODOH SEORANG WANITA

Matlamat hidup kita di dunia adalah untuk mengejar reda Allah. Perkahwinan bukanlah penanda aras kualiti hidup seseorang di sisi Allah. Namun, perkahwinan boleh menjadi wasilah menggapai reda.

Hakikatnya, tiada sedikit pun ancaman atau kekurangan buat kedua-dua pihak lelaki mahupun perempuan apabila golongan perempuan menjadi semakin terpelajar atau terkedepan kerana sifat قَوَّامَة qawwamah (kepimpinan) seorang lelaki tetap mendahului wanita dalam perkahwinan.

Jodoh adalah urusan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Ia tidak berkait dengan perwatakan seseorang individu. Namun, seorang hamba perlu berusaha dan berikhtiar serta tidak lekang untuk terus berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik. Dalam usaha ini juga, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita untuk memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW.

Tiada sebarang halangan bagi wanita atau isteri untuk bekerja, mengejar cita-cita dan memiliki karier apabila dia mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan oleh syarak. Malah, gaji dan perolehan harta itu adalah milik isteri secara mutlak. Jika dia dengan ihsan berkongsi lebihan hartanya bersama suami, pastinya Allah akan menguatkan lagi kasih sayang antara mereka.

Jodoh merupakan rencana Allah SWT sebagai sebaik-baik perancang. Allah SWT menetapkan waktu yang tepat bersesuaian dengan individu. Tiada yang namanya cepat atau lambat. Dalam usaha ini, tidak menjadi satu kesalahan bagi seorang wanita memulakan langkah dengan cara yang terhormat seperti yang dibuktikan oleh Saidatina Khadijah R.Anha ketika beliau meminang Baginda SAW. Sabdanya:

إنِّي قدْ رُزِقْتُ حُبَّها

Maksudnya:Sesungguhnya aku telah direzekikan dengan cinta Khadijah” 

Riwayat Muslim (2435)

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published