SHIPPING PERCUMA (SEMENANJUNG MALAYSIA) • HUBUNGI KAMI DI TALIAN 1700-818-938

PERLUKAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK MENGIKUT ISLAM?

Pendidikan awal kanak-kanak dalam Islam penting supaya menjadi insan yang berguna dunia dan akhirat. Maka pendidikan yang berkesan haruslah bermula dari didikan awal kanak-kanak, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. 

Al-Quran telah memainkan peranan penting dalam pembinaan tamadun Islam agar umatnya terus belajar dan belajar serta sering menyelidiki sesuatu perkara. 

Ayat di atas memberi maksud yang jelas dalam bidang pendidikan. Perkataan iqra’ (bacalah) yang disebutkan malaikat Jibrail a.s berulang kali kepada Rasulullah S.A.W menegaskan supaya manusia belajar, mengkaji dan mencari ilmu.

Jika diteliti secara mendalam, ayat ini mendidik dan mengajak orang beriman supaya menjadi orang yang berilmu.   

Kejadian Allah S.W.T yang sangat luas memerlukan kajian mendalam, memerlukan manusia menggunakan akalnya dan memperoleh pengetahuan yang tinggi. Penguasaan ilmu adalah dituntut dalam Islam, maka hendaklah dipupuk sedari anak kecil lagi.

Penggunaan permainan, buku juga media elektronik adalah antara medium yang sering digunakan ibu bapa. Pentingnya memberikan medium yang betul untuk pendidikan awal anak yang selaras dengan ajaran Islam.

 

 


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published