Ibnu Utsaimin menjelaskan, "Wanita yang hamil keadaannya ada dua; pertama, wanita hamil yang cihat dan kuat, sehingga tidak memudaratkan baginya untuk berpuasa dan tidak akan menyebabkan sesuatu yang berbahaya bagi kandungannya, maka wanita itu wajib berpuasa. Kedua, wanita hamil yang tidak mampu berpuasa kerana kandungannya yang berat dan keadaan badannya yang lemah, maka dia dibolehkan berbuka. Namun, sekiranya berpuasa itu akan membahayakan sama ada diri atau kandungannya, maka wanita hamil itu wajib berbuka."
Maka jelas di sini ada keadaan tertentu yang membolehkan seorang wanita hamil itu berpuasa atau tidak. Puasa yang ditinggalkan itu pula boleh diganti pada kemudian hari. Namun begitu disarankan untuk mendapat nasihat doktor dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.
Tips pemakanan apabila puasa ketika hamil
- utamakan makanan yang berprotein tinggi seperti daging dan telur kerana protein boleh disimpan di dalam tubuh pada kadar lebih lama.
- banyakkan juga mengambil makanan yang berserat tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan segar supaya mampu menahan lapar
- jangan lupa vitamin tambahan ketika sahur bagi mengekalkan kesegaran badan
- lewatkan waktu sahur. Bersahurlah hingga ke saat-saat akhir imsak supaya tidak cepat berasa lapar pada slang hari